Make your own free website on Tripod.com

KERAMBIT

Perihal Kerambit

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

 

Kerambit

 

CARA PENGGUNAAN

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.